BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Thursday, December 30, 2010

Aku masih tidak percaya~

erm dah beberapa hari rasanya aku tak update blog aku neh. Aku pun tak tahu dah nak cakap pasal aper...nak ckp pasal benda ilmiah tak pandai, current issue lagi la.....huhuhu.


Sebenarnya beberapa hari ini semakin kerap ingatan aku pada si dia. Berulang kali aku bagitahu diri aku tak guna meratapi benda yang bukan milik kita, pasti ada Hikmahnya di sebalik semua ni...tapi kadang2 hati dan perasaan aku enggan mendengar semua penjelasan yang akal aku berikan.

Sesungguhnya aku masih tidak percaya si dia tega melukakan hati aku, benar2 meninggalkan aku tuk menjadi milik orang lain~~

Aku tertanya2 apakah si dia tidak merindui aku, mengingati aku sebagaimana aku mengingatinya...masih sayang akan hubungan yang terbina antara aku dan dia suatu ketika dulu...sudah lupa kah dia janji2 nya dulu tuk menjadikan aku permaisuri hidupnya, ingin membina sebuah keluarga yang bahagia bersama aku....sudah lupakah dia akan semua itu? Adakah dia bahagia walau tanpa aku di sisi....

Atau mungkin dia menderita seperti mana aku menderita, jika ya, kenapa dia tidak ingin kembali padaku? Pelbagai persoalan bermain di fikiranku, kerap menujah pemikiran rasionalku....membuat aku kadang2 lemah tuk terus berdiri. Tapi aku juga takut untuk mengetahui kebenaran, cukup bimbang jika hatinya benar2 berubah....Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Aku benar-benar menyanyanginya, sehingga rasa sayang yang aku bina tuk dirinya begitu menyakitkan aku~~

Aku ingin berhenti melangkah ke depan kerana aku masih tidak percaya.................................bolehkah?

Thursday, December 23, 2010

KEPUTUSAN YANG SANGAT MENDUKACITAKAN~~


ERM...semua orang bercakap pasal result dan aku pun teringin sama...teringin meluahkan rasa dukacitanya selepas melihat result sendiri yang bermula semester enam menjadi sangat dasyat dan teruk...huhu. Aku pun tak tahu apa dah jadi pada aku..rasanya aku dah buat yang terbaik sem lepas, walaupun dalam keadaan penuh tekanan~~


tapi, bila melihatkan hasilnya....aku memang cukup terperanjat. Rasa tidak percaya dan tidak dapat menerima hakikat. Subject yang aku score dapat teruk, memang aku tak faham apa yang lecturer nak...

Apapun macam biasalah, tuk tenangkan hati sendiri...aku terpaksa redha. Dan ayat biasa yang aku suka guna tuk pujuk hati "xpela..menangis air mata darah sekalipun benda dah jadi..huhu"

Untuk 4 tahun kebelakang ni, this is the worst year for me..........ibarat sudah jatuh di timpa tangga pula. Apalah agaknya Hikmah yang Dia ingin berikan pada aku sampai bertalu-talu ujian yang Dia berikan pada aku..

ish! Aku ni memang teruk betul, sesungguhNya Dia tidak akan menzalimi hambaNya, yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datangnya dari aku sendiri, cuma aku pohon padaMu ya Allah....berikanlah aku kekuatan, tabahkanlah hatiku di kala dugaan datang menduga...berikanlah aku petunjuk Mu ke jalan yang benar~



Tuesday, December 21, 2010

FIRST TIME DI TAGGED :)

HE~~ oRANG yG TAG aKU NEH xLaiN dAN X buKAN~~NURZULAIKHA

jADI AKU AGAK EXCITED TUK MENJAWAB, 1ST TIME LA KATAKAN....HEHE

1. ApA bENda Yang PaLiNG pENTinG dLM hIduP aNDA?

~ Walaupun kebanyakan kawan2 aku kata hp, tapi bagi aku tidak. Semenjak jadi janda neh hp tu da tak brape penting....

~So, apa yang penting dalam hidup aKU?

~aKU PUN tertanya2 apa la benda yang begitu penting dalam hidup aku....hehe. Tp xjmpa jawapannya :p

2. BeNDA terAkHIR kORang BeLI paKAI duIT sENdiRI?

~Hahaha...yang ni pun susah aku nak jawab sbb aku dah lupa. Dop kat umah aku mmang tak de duit. Nak beli topup pun mintak duit ngan mak :)

~Erm...bila di pikirkan balik....Mungkin burger kot...yang aku beli masa dop hostel, sehari sebelum balik kampung :p

3. Di mAnA TeMPat PeRKahWInaN daN aPA tEMA pERkaHwiNAN kOrANG?

~Huhu....xnak jawab boleh?

4. AdAKaH aNDa Sedang BErCinTA sEKaRAng?

~ Uwaaa! uwaaaaaaa............uwaaa...!


5. bERaPa LAmA koRANG aKAN mENciNTai PaSANgAn KoRAnG?

~ z, Nape susah sangat soalan neh...huhu.
~ Macam ne yer nak jawab, p bagi aku kalau aku dah sayang seseorang tuh mmg aku akan sayang dia sampai bila2...kalau tak de jodoh tu, aku akan cuba la berhenti mencintai si dia....

~p kalau dah suami memang akan mencintai sampai bila2~~

6. Novel/ Buku/ Majalah terAkhir yang Korang BELI?

~ nAK BELI buku tuk blaja pun xcukup...ni kan nak beli majalah ngan novel.hu
~jadi asenya buku terakhir yg aku beli buku2 LAW la kot :p

7. AnTaRA mAK aYAh koRANG, yaNG mANa KoRANG leBIH mESRa?

~mestila dengan ma.... :)

8. Namakan ORanG yANg BETul2 koRANG naK jUMpa DaLaM hiDup KoRang?

~ maybe some1 that will bring me happiness, some1 that will appreciate me more than anything else.........

~xdapat nak bagi nama z bab tu just harapan kak...huhu

9. aDakAh KorANG bASuh Baju SENdiri?

~~ hahaha. yang ni sama macam z........

10. DI mAnaKAH teMPat yaNG koRANG betul2 Nak PerGI?

~ NAK g Europe, xkisah la mana pun....

11. piLiH sALaH sAtU, pELUk/ ciUM?

~ Nak dua2 gak.... :)

12. BEritAhu 3 bENda tENtAng oRAng yANG tAG aNDA?

~3 BENDA JER NAK? kalau 10 pun kak boleh bgtau...hehe

i- aku anggap dia bff aku
ii- dia suka tido...dan sgt susah tuk bangun.hehe
iii- dia seorang kawan yang baik, sentiasa sabar dengan aku, tau macam ne nak wat time aku marah, dan kata2 dia berjaya mempengaruhi aku...kan z? he

13. Lagu yang KORANG suka dan Selalu DenGAR?

~ tengok mood, he. kalu ase nak jiwang dgr lagu lama2
~ kalau ase macam tgh baik, dengar nasyid
~kalau mood berangan, dengar lagu hindustan..hehe

14. Bolgger yang di pertanggungjawabkan untuk jawab tag neh?
~haha, sape ea, nak suh borhan leh? hehe
~ p tak tau macam ne nak tag dia..hhuhu

Monday, December 20, 2010

BILA ANAK SAUDARA MULA BERTANYA~~

Semalam waktu aku tengah bukak facebook, aku tengoklah gambar sorang mamat neh. Anak saudara aku, along yang baru nak masuk 7 tahun tiba2 datang dan mula la dia bercakap tanpa henti seperti kebiasaannya :)


ALONG: Alang, abang....(ex aku) tu comel, along nak tengok gambar dia boleh?
AKU : xde dah gambar abang...
ALONG: np? alang dah buang ke?
AKU : yup...
ALONG: Alang nak kahwin dengan abang...?
AKU : terdiam, (tidak tahu apa yang harus aku jawab)
ALONG: alang kahwinla dengan abang...along suka, abang comel...alang jangan kahwin dengan yang ni (merujuk pada gambar mamat yang aku tgh tgk). Abang....baik, dia hantar alang balik kampung... dan along terus bercakap tanpa henti pasal ex aku sampai aku rasa sebak...
AKU : erm ye la...mengangguk lemah~~~

Sunday, December 19, 2010

Aku dan kekasihku

SUMBER: www.iluvislam.com, oleh Ustaz Nasrudin Hassan

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peaceaje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat &contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

renung-renugkan la

BERKAWAN BIAR BERIBU, BERCINTA PUN BOLEH KER??


Mcm tajuknya, orang kata berkawan biar beribu, bercinta hanya yang satu...boleh pakai lagi ker pepatah macam tu? haha..bagi aku, semua tu tak betul, tak betul sama sekali. Lelaki zaman sekarang xpakai dah pepatah macam tu, diaorang pakai pepatah berkawan biar beribu, bercinta pun apa salahnya beribu...hehe. To those men outside, please don't feel offended :p i'm just telling the truth..bagi aku bila bercinta aku tak berniat nak kongkong si dia kalau aku tak bagi dia berkawan dgn perempuan..aku cuma takut kebebasan yang aku berikan, akan di salah gunakan. Men are unpredictable, bila2 masa mereka boleh berubah, boleh jatuh hati sekelip mata pada insan yg baru dikenali...well, benda baru selalu nampak lebih cantik daripada yang lama kan? Dah banyak aku lihat kawan2 perempuan aku menderita, tertipu kerana insan bergelar lelaki...termasuk aku :) dan yang kelakarnya, aku masih ingin menunggu si dia...betapa bodohnya aku, kan?


Erm..aku sering tertanya2 knape kadang2 kita selalu bertemu dengan orang yang salah...Tp aku tahu semua ini adalah ujian Allah...supaya kita akan menjadi manusia yang lebih sabar, supaya kita tidak alpa, supaya kita sentiasa ingat padaNYA...Sesungguhnya Allah tidak akan datangkan ujian yang tidak mampu di tanggung oleh hambaNya.

Setiap apa yang berlaku pasti ada Hikmahnya...yakin dan percayalah pada Qada dan Qadarnya. Moga2 hiduP kita akan lebih di berkatiNya, AMIN....

Duhai sahabatku,

"Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang
Allah s.w.t mempunyai CINTA dan KASIH yang lebih besar dari segalanya
Dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak...
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai sesorang namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah S.W.T tahu apa yang ada didepanmu dan Dia telah mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..........."

p/s: lari tajuk sikit..hahaha

Saturday, December 18, 2010

LA TAHZAN

Mmg terasa sangat sukar tuk melupakan org yang tersayang kan? tambah2 semuanya berlaku sekelip mata. Walau pun dh beribu kali aku bgtahu pada diri sendiri, la tahzan...jgn bersedih wahai hati tp entahla. Ingatan aku pada si dia semakin menyala akhr2 ini...membuatkan aku tertanya2 adakah dia jua merindui aku seperti aku merinduinya, adakah dia bahagia walaupun tanpa aku di sisi, apakah khbarnya di sana....pelbagai persoalan bermain di benak fikiran aku, membuat hati semakin terasa sayu, LA TAHZAN, LA TAHZAN, LA TAHZAN................kuatkan semangat aku ya Allah dalam menempuh ujianMu

Thursday, December 16, 2010

hujan d hari yang penuh rahmat

erm...ri ni hari jumaat, yang semua org pun tahu. kat umah aku sekarang hujan..org kata hujan rahmat. waktu aku tulis blog neh, jam menunjukkan pukul 1.14 tghari. waktu neh amat afdal kan tuk berdoa...ya Allah aku harap si dia juga takkan melupakan aku. moga satu hari nnt dia kan kembali untuk aku. aku ingin memaafkan dia, tidak kira sebesar mana silap dirinya...aku ingin bina kembali kebahagian yang telah runtuh antara aku dan dia....aku ingin bermula kmbali. moga semua yang berlaku adalah tidak benar. semoga pertunangan yang si dia khabarkan adalah pembohongan semata-mata...aku ingin berharap, masih terus ingin menunggu si dia kembali....hingga sampai satu saat bila aku mulai penat tuk terus mengharap, kembali lah padaku sebelum itu, kembali lah padaku sebelum ku kunci pintu hatiku....kerana AKU AMAT MENYAYANGIMU......................

BILA TERASA RINDU.......


Sukarnya aku rasakan menanggung rindu di hati. kenangan yang berlalu xsemudah nak ku lupakan. Walau antara kita tiada apa2 ikatan lagi namun hatiku ttp menyayangimu. Aku tak sangka kesetiaan yang aku berikan di balas sebegini rupa...Entahla, mungkin apa yang berlaku di antara kita bukan salah kamu semuanya..tp nape kau tidak berikan aku peluang tuk aku memperbaiki nya supaya perhubungan kita kan kembali mesra seperti dulu. Nape kau bilang sayang sedangkan hatimu tak merasakan semua itu lagi...nape kau berikan aku harapan, sedangkan hatimu sudah mula menjauh...nape kau buat aku mcm ni? apapun persolan yang aku fikirkan, namun semua tu x menghalang rindu ku padamu tuk datang menjengah..menggoncang tingkap hatiku yg aku cuba tutup buatmu..........

Wednesday, December 15, 2010

HAVE FAITH~~

Faith atau nama melayunya kepercayaan. ptg ni aku rasa mcm nak bercakap pasal faith neh :) erm org kata kalau kita xde kepercayaan pada diri sendiri macam ne nak berjaya kan? teringat plak lirik lagu tuh..."jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukannya..jika kau ragu2 usahamu tak menentu" tu menunjukkan mmg kepercayaan pada diri tu sgt pntg. contoh la kalau kita hadapi masalah atau d tinggalkan kekasih mst kita ase sedih sgt kan?. Kalau kita percaya kita tak boleh hidup tanpa si dia, maka kita ttp akan berada di takuk lama. menangis, merintih, menyalahkan takdir sendiri...apa kata kalu kita ubah kepercayaan tu menjadi sesuatu yang positif...apa kata kita tanamkan dalam diri dan percaya pada diri, "iye, aku mampu hidup tanpa dia...I DESERVE A BETTER MAN THAN HIM....kan bagus kalau macam tu. Tp mungkin ada yang kata, " ko cakap senangla, bkn ko yang rasa sakit"... erm mungkin betul. BUT I HAVE FAITH THAT IT'S BETTER TRYING THAN DO NOTHING~~ tu yang aku percaya sekarang. Hidup kita tak berhenti kan walau apapun yang berlaku...perjalanan kita tak berundur ke belakang walau kita meraung, menangis, meratapi hidup....Hidup mesti terus maju ke depan, jadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran and THEN HAVE FAITH IN YOURSELF, OTHERWISE YOU WILL LOSE EVEN THE BATTLE IS NOT YET BEGUN..........

Tuesday, December 14, 2010

RAHMAT~TERPISAH JUA


Sinar matamu menggetar kalbuku

waktu ke waktu sebut namamu
izinkan aku merindu senyummu
sukar untukku melupakan mu

aku hidup dgn cintamu (corus)
mengharapkan pelangi kasih

rindu padamu menikam jiwa
ku rebahkan sayang di hamparanku
kasih suburmu d taman hati
jadi hiasan dalam tidurku

kini cintaku tiada lagi
aku di sini semakin sepi
setelah kau berpaling kasih yang baru
tanpa ada simpati kasihku terpisah jua.....

ulang corus





Monday, December 13, 2010

SUATU PAGI....


sekarang ni tiap kali bangun hatiku rasa semacam jer....mungkin masih teringatkan kenangan dulu.xsangka akhirnya antara aku dan dia dah xde pe2.kadang aku rasa semua ni tak berlaku dalam hidup aku. ni hanyalah sebuah mimpi yang bersifat sementara..aku seoalah2 tak mampu menerima hakikat bahawa dia telah jadi milik orang lain.aku seolah2 x sanggup tuk mempercayai bahawa dia melukakan hatiku. jauh di sudut hatiku, aku benar2 berharap agar semua ni tak benar dan bila tiba masanya dia akan kembali menyinari hidupku...entahla.aku pun tak pasti dengan apa yang harus aku pikirkan atau lakukan...semuanya berlaku sekelip mata.terlampau sukar tuk aku menerimanya. tp aku percaya hidup mesti terus...kalau aku menangis air mata darah sekalipun nothing will change.he's already made up his mind, so will i. orang kata kalau dah memang jodoh kita tak kemana. if he comes back, will i accept him again is not a question yet....................

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

Peringatan buat diriku yang lupa,

kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
one way flight yang tiada jalan pulangnya bila pergi...ia akan selamanya

confirm flight yang tak perlukan waiting list
tak perlu booking dari awal
tak ada boarding past yang perlu di ambil'
tak ada last call untuk boarding
tak ada bagasi yang perlu di scan
tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
tak ada economy class atau VIP
tak ada senyum good morning sir dari pramugari
tak ada juice dalam perjalanan
tak ada demo keselamatan
tak ada bahan bacaan untuk tatapan
tak terlihat awan yang penuh keindahan
dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada....
hanya check in dari Izrail
yang akan datng memanggil
hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
hanya soalan dari mungkar nagkir yang menggerunkan
hanya bacaan talkin yang menginsafkan
hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
hanya pertarungan ujian dengan syaitanyang cuba menyesatkan akidah dengan seribu penyamaran
hanya iringan Yasin dan bacaan Alquran
dari anak yang soleh, rakan dan taulan
hanya amalan akan di scan
dengan penuh detail dan ketelitian
walau sebesar zarah akan di hitung
segala perbuatan kita akan di tangggung
amalan soleh atau toleh
begitulah adilnya Tuhan
tidak membiarkan sebarang penganiyaan
untuk rujukan di liang perkuburan
jika mulia jadilah taman syurga
kalu hina..jadilah lubang neraka

jodoh pertemuan Allah yang tentukan


Ya Allah, seandainya engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

seiringkanlah kami melayari hidup ini,

ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,

dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

berilah aku kekuatan,

melontar bayangannya jauh ke dada langit,

hilang bersama senja nan merah,

agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,

adalah yang terbaik buatku,

kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik

buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku

berikanlah aku insan yang lebih baik

jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja

menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini

jangan engkau biarkan aku sendirian

di dunia mahupun diakhirat

jauhkanlah aku dari terjurus ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina

kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai

dan kurniakan kepadaku keturunan

yang soleh dan solehah

berilah kami kebahagiaan hidup

di dunia dan di akhirat


A BEGINNING TO AN END~


some1 forward this msge to me...........

perempuan yang suci adalh perempuan yang di jaga oleh Allah

tidak sedikitpun Allah membenrkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....

kerana Allah teramat mencintainya

TETAPI...

Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah tuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita pada seseorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita...

jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,

ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali tuk di jagaNya

MENGAPA MASIH RAGU2??

kekuatan usah ditunggu tp harus dicari

hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan

sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya

SAUDARI KESAYANGANKU.............

carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan

supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran

setiap yang payah itu ada kesenangan

DAN...

setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran

jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita

tiada siapa yang boleh beri halangan

NAMUN............

Jika sesuatu itu bukan ditakdirkan tuk kita

pasti takkan dapat walaupun sudah dalam GENGAMAN

YAKIN DAN PERCAYALAH,

Allah telah tuliskan apa yang terbaik tuk HambaNya

Kadangkala Allah hilangkan mentari,

kemudian Dia datangkan guruh

puas kita menangis mencari mana mentari kita

rupa2nya Allah nak beri kita pelangi yang indah...

Sabarlah wahai saudari,

pasti ada kemanisan di sebalik apa yang belaku................

~~ semoga ia menjadi kekuatan tuk wanita dan gadis2 yang sedang patah hati~~