BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Monday, February 28, 2011

MOODY


mood hari ni....


aku yang semakin dilupakan.....



boleh repair tak??



jahat........
kejam....

bodoh....


the other party........




hope.....




just remember.....


someday......

Thursday, February 17, 2011

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

Kehilangan orang yang kita kasihi buat kita sedar siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya......semenjak hari tu, kawan2 sentiasa ada memberi aku sokongan, membantu aku bangun, sentiasa ada bila aku memerlukan, sentiasa ada di sisi bila aku ingin meminjam bahu....aku rasa sungguh bertuah mempunyai kawan-kawan seperti mereka...........

masa kat uitm dulu, aku rasa hidup aku sungguh tersiksa. Kawan-kawan yang ade tidak dapat aku pastikan keikhlasan hatinya...aku sering tertanya2 padaNYA kenapa dia sering menghadirkan ujian yang kadang2 aku rasa tak mampu aku tanggung.......kini, pada saat ini, aku sudah nampak akan hikmahNYA.

Sekarang aku rasa cukup bertuah di kelilingi kawan-kawan yang ikhlas hatinya, jujur dalam persahabatan, memahami hatiku dan cukup mengambil berat di saat aku hampir tenggelam. Benar, kehadiran insan di sekeliling banyak memberi aku semangat, memberi aku kekuatan tuk terus melangkah....sehingga kadang2 aku hampir terlupa kesakitan yang aku rasai.

Tiba2 teringat plak cite kawan2 pasal apa yang di bagitahu oleh sir Bad....sir kata dia baru dapat report ade student telan pil kerana frust. Rumate aku, hee...........dengan semangatnya message aku, tanya apa yang aku tengah buat. Risau ea? kak takkan buat macam tu la.....jangan risau, kak janji :)

tp kan..... malam ni sebenarnya aku dapat tahu si dia mungkin sudah berkahwin...perempuan tu dilihat bersama dengannya di rumahnya. Perasaan aku?? entahla......aku sudah penat berfikir, sudah puas menangis dan merintih tp tetap gugur titisan jernih itu........

Malam ni aku berazam tuk tidak lagi mengingatinya, aku ingin melupakan segala kenangan yang pernah terbinaa antara aku dan dia. semuanya sudah berakhir............biarlah dia dengan kehidupan yang telah dia pilih............

apapun, aku nak cakap........

TERIMA KASIH KAWAN KERANA MENYAMBUT TANGANKU DI SAAT AKU LEMAS

dan.......

Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan


Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan


Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara


Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Saturday, February 12, 2011

SAYA BENCI AWAK!!!

"ku cuba pejam mata tapi tak terlena....
kerana ku masih teringat padamu
begitu payahnya nakku melupakan..........."

malam2 macam ni pun aku jiwang kan??aku nak tido sebenarnya tp tak terlena walaupun dah telan ubat selsema tadi yg kononnya leh wat orang rasa mengantuk...hahaha. sebenarnya ade berita gembira nak share...

nak bermula di mana ye??
tgk gmbr dulu la....

jeng jeng jeng...tgn aku ke ni??hahaha...tp bila masa plak aku tunang kan??

ade iras2 aku tak?? erm aku lagi lawa kot...

bahagianya makcik...dapat menantu cantik..... :)

yang 2 orang ni plak bertuah dapat kakak ipar baik.....kan?kan?kan? kalu dapat aku nasib malang....

memetik kembali kata2 seseorang...."adik kata, kalu abang tunang ngan sayang dia nak support semua hantaran, kalu dengan orang lain xnak...." hahaha, dan aku dgn bodohnya pun percaya...

DAN....
NI GAMBAR PASANGAN BAHAGIA.........

pejam mata ingat sape tu abang??

tunduk malu2 plak.....hensemnya abang senyum............hahaha
sepadan kan??

cantik barang2 hantaran...cepatnya gubah, dalam masa 3 hari tu, hai dik, leh akak tempah?? pantas dan tangkas adik2 wat kerja...

ha..ni la berita gembira yang aku nak share ni....mmg aku sangat2 gembira bila tengok gambar diaorang ni. tunang siap ade pelamin lagi, perempuan plak pakai baju pengantin, hai takkan tempah dalam masa 3 hari jer kot?? yang cik abang tu plak, tak de baju lain ke nak pakai?? baju yg aku bagi tu jugak jadi pilihan......erm betulla tu 3 hari, xsempat kan? apala motif dia agaknya, erm xleh lupa aku lagi kot, hahahahahahahaha

hahaha...
mesti ade yang tertanya2 nape la aku asyik sebut 3 hari je kan? nakk tahu?? erm ri tu abang pakai baju putih tu datang ambik aku masa last sem...hari isnin...dia janji semuanya kan berjalan macam dulu...aku ttp dalam hati dia, tak nak kawan dgn perempuan lain...dan semua la janji2 palsu dia tu, tp tup tup aku dapat tahu dia dah tunang ri khamis...dalam masa 3 hari?adik dia kata wat persiapan last minute...wah last minute la sangat nampaknya, ciap pelamin lagi.....

rupa2nya selama ni mmg dia dah berubah...aku jer yang tak sedar...aku mati2 pk semua ni aku yang salah, aku yang jahat, aku yg kurang....aku salahkan diri aku yang menjadi punca perpisahan antara aku dan dia....aku tak percaya, aku mati2 tak percaya dia dah bertunang, aku mati2 pk dia takkan khianati aku sampai macam tu sekali......tp ri ni, aku dah tengok sendiri buktinya, macam mana lagi aku nak percaya yg dia seorang lelaki yang baik? dimana dia seorang lelaki yang benar2 menyayangi aku suatu ketika dulu?? di mana??

kepada lelaki2 di luar sana, tolongla jangan buat awek2 anda macam tu, sakit.........sakit sangat rasanya bila di khianati, bila cinta yang di beri separuh mati di balas sebegini rupa..........

aku tahu pasti ade hikmahnya, pasti ade yang lebih baik untuk aku....tp hati ini, terlalu sakit...dan pasti ade yang akan berkata, kalu kita sayangkan seseorang kita kena lepaskan dia....doakan kebahagian dia...itu juga di katakan cinta...

ya Allah sesungguhnya jauh di sudut hati aku, aku tidak sesekali ingin membenci dia, ingin melihat dia bahagia...tp dengan hanya membenci boleh membuat aku kuat tuk terus melangkah....

dan...aku tertanya2

mana mak dia yang pergi umah aku dulu, tanya mak ayah aku bila nak langsungkan ikatan antara aku dan dia? time nak putus....mak dia kata, dulu mek datang umah nurul nak kenal dengan keluarga je, bukan nak meminang, ya Allah...........apa maksud semua neh?? aku betul2 tak faham..

lagi...

mana adik dia yang kononnya anggap aku dah macam keluarga sendiri?? mana diaorang? ade sorang pun tanya khabar aku?? aku hidup ke aku mati ker?? xde sape ke nak tahu pasal "keluarga" sendiri??

pelik bin ajaib betul......

apa apa pun...aku nak benci dia!! aku benci dia bab dia jahat! Allah tu Maha Adil, aku yakin......

KEBAHAGIAN YANG DI BINA DI ATAS TITISAN AIR MATA INSAN LAIN TAK MUNGKIN KEKAL LAMA.

Monday, February 7, 2011

Andai itu takdirnya.......


erm ari ni terasa amat sedih skali....aku mula terfikir apa yang aku harus fikir...
mula mencari jawapan tuk sesuatu yang aku sendiri tidak pasti,
mula ingin melihat ke depan tanpa enggan menoleh ke belakang...mula ingin mencari suatu sinar baru tuk meneruskan hidup aku...

Sesugguhnya terasa begitu sukar tuk aku meneruskan hidup aku tanpa si dia yang aku cintai
terasa begitu kosong jiwa dan hari-hari yang aku lalui
terasa begitu panjang hari-hari yang aku tempuhi.....

aku sayang padanya...
keinginan tuk terus bersama dengannya masih terlalu menebal dalam diri aku
aku ingin dia kembali ke sisi aku seperti suatu waktu dulu
tidakkah dia faham hasrat dan gelora hatiku saat ini??

aku masih berharap dan terus mengharap
sedang dia langsung tidak menitipkan berita buat aku
masih seperti dulu kah dia?
atau kini dirinya sudah menjadi milik insan lain?
mungkin yang jauh lebih baik dari aku.......

ya Allah..
andai itu takdirnya untuk aku,
aku terima....
bukan bermaksud aku sudah lupa
tp ingin mencari sebuah kekuatan yang aku rasa kian goyah,
sudah penat hati ini merintih,
sudah puas hati ini menangis...

aku ingin berhenti berduka
dan aku pasrah kini
andai itu takdirnya.............