BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Sunday, June 12, 2011

FINDING MR RIGHT



Aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang dapat aku rasai keikhlasannya
tulus kasihnya.....meski dia tidak setampan Yusoff,
meski baru sekejab usia perkenalan,
hadirnya mengubat duka, merawat luka.........

tidak pernah aku temui sepertinya sebelum ini,
Dia menghampiri aku, mendekati aku,
Dengan membawa kasih yang tulus
sehingga menyentuh hatiku

Aku cuma ingin mencari kebahagiaan
mencari insan yang mampu menerima aku seadanya aku
aku tidak ingin menghukumnya di atas kekecewaan semalam
Lantas aku berikannya peluang tuk menyentuh hatiku......
dan aku BAHAGIA kini............. :)

aku berharap..............
Dia yang ku temui ini walau bukan insan pertama yang bertahta di hati
Tapi...biarlah dia yang terakhir menghuni
Moga-moga dialah MR RIGHT yang aku cari
Moga-moga dialah yang akan menjadi kawan, sahabat, teman,
Dan juga suamiku ketika aku meniti usia

Amin.......................

Friday, April 8, 2011

I don't care anymore~

erm...sekarang ni aku rasa hati aku dah jadi batu. Orang yang aku sayang satu demi satu di ambil orang.... tp aku rasa aku dah tak kisah semua tu, aku malas nak pk benda yang leh wat otak aku berkecamuk. Just go wherever you want, i don't care anymore.


Jangan datang pada aku lagi, jangan datang tuk merayu kasih padaku lagi, aku dah tak kisah semua tu. Selamat berbahagia dengan insan yang kau pilih........tp ingat, tiada siapa mampu menandingi kasih yang pernah aku berikan pada kau dulu...TIADA SIAPA.

Sekarang...........

Aku ingin terbang bebas,dan...
aku ingin terus berlari menuju ke dada langit,
aku yakin dan pasti...
ada bahagia yang bakal menanti,
langit tak selalunya mendung.....
hujan tak selalunya turun......
pasti di hadapan ada sinar yang akan menerangi.....

jadi....to someone out there,

i will just leave you, the way u choose to be.............
and,
if one day you noticed
we haven't talk in a while
it's not really because i do not care anymore
IT'S BECAUSE YOU PUSHED ME AWAY.

Saturday, April 2, 2011

Saya suka awak, sekian.

he......leh tak wat statement gitu?

tp asenya leh kot..........suka orang tak salah kan??

Teman tp mesra, macam dalam lagu tu.........

he, tp secara ikhlasnya saya suka berkawan dengan awak,

awak pun tahu kan??

:) senyum tak perlu kata apa-apa

Saturday, March 26, 2011

Pungguk merindui bulan


Bulan itu cantik...indah,
tapi.....
bulan itu jauh berada di atas sana
dengan selesa bulan itu berada di sana,

mampukah saya gapai bulan??
Dengan menyediakan keselesaan yang sama
pada ketika Bulan berada di atas,
Mungkin...........
Saya hanya layak memandang sahaja...........







(p/s: aku janji nak cite pasal s/1 who makes me smile again kan??nanti ea........, xde mood lagi.hehehe)

Sunday, March 20, 2011

i'm begin to heal~


Well............ mula-mula nak senyum dulu, senyum tak perlu kata apa-apa :)

he...i think i'm begin to healing now.....
sebab??



i'm starting to letting go someone very special for me

dan.........


mungkin.............

I HAVE FOUND SOMEONE WHO CAN MAKE ME SMILE AGAIN :-)

sape kah org itu???

Next entry k........... hehe

Wednesday, March 9, 2011

Trust ~_~

Masa mula-mula buat blog dulu, aku letak nama blog aku ourlife, I, Him and us......tp kebanyakkan cerita yang aku tulis lebih berkisar kepada si dia........jadi hari ini aku nak bercakap tentang us~ people around me, people which are near to me, people which are so dear to me = FRIENDS

Pengalaman masa kat UiTM dulu banyak mengajar aku tentang erti persahabatan, mengajar aku mengenal siapa yang boleh dijadikan kawan atau yang patut dijauhi sebagai kawan...Akhirnya di sana aku membuat keputusan untuk bersendirian dengan tidak memiliki kawan yang akrab. Aku mula berprasangka bahawa mereka di sekeling bukanlah kawan yang sebenar yang boleh dijadikan ruang dan tempat untuk berteduh di saat susah dan senang. MEREKA cuma kawan KETAWA.

Tahun 2007, aku menjejakkan kaki di UniSZA, yang juga digelar pondok buruk oleh seorang sahabat aku...erm ya, mungkin pondok ini kelihatan usang tapi di sini banyak yang aku timba, banyak kenangan manis yang aku lalui bersama kawan-kawan...mula2 menjejakkan kaki di sini aku bernekad untuk mencari kawan SUKA dan DUKA. Alhamdulillah, Dia menghadiahkan aku kawan-kawan yang benar-benar setia tidak kira susah atau senang, aku hidup dalam gembira, mula melupakan kesakitan masa lalu.......

Kini,
Empat tahun hampir berlalu,
segala ragam dan al kisah sesama sendiri telah di ketahui,
masing-masing punya sikap dan pendirian masing-masing
dan AKU jua begitu :)

Kadang-kadang aku merasakan aku bukanlah seorang sahabat yang cukup baik tuk semua orang......
Kadang-kadang aku merasakan aku seorang sahabat yang cukup sensitif........
Kadang-kadang aku rasa TERKILAN...........
Bila jalan yang di lalui mula terasa sukar

Tapi, hidup ini memang begitu kan? ade turun ade naik, ada pasang ada surut....... tp aku tetap percaya selagi kepercayaan yang di beri tidak dikhianati, selagi itulah PERSAHABATAN akan tetap utuh.....

Apapun..

aku bahagia bersama kawan-kawan aku di sini :)

Sunday, March 6, 2011

cinta lagi~


"Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya"
Ni aku petik dari kata-kata admin page bahagiakah aku, bila dia bahagia walaupun bukan dengan aku......mula2 terbaca rasa terpana, terpegun, terkedu dan etc........... sebabnya mudah saja: terkena batang hidung sendiri, ibarat pepatah melayu, sape makan cili dia terasa pedasnya...

tp bila di fikirkan balik tiada satu pun yang salah mengenai pernyataan admin tersebut, mksd aku ye la, time bercinta kita sedaya upaya cuba mengawal perhubungan kita dengan dia, membataskan hubungan dia dengan perempuan atau lelaki lain, cuba menjadikan dia hak milik kita walaupun tidak secara sah.............sebabnya?? supaya cinta itu tidak hilang~~

sape la yang hendak fikirkan perpisahan di saat berbahagia kan? jadi kita alpa, mula jatuh cinta dengan sepenuh hati, mula meletakkan si dia di tangga teratas dalam ranking sebuah kehidupan, mula lupa tuk memberi ruang kepada diri sendiri dan yang paling penting lupa tuk membuat persiapan dengan kemungkinan yang kita akan kehilangannya suatu hari nanti........

di atas kealpaan itu, kita menderita kerana tidak bersedia...........
kita cuba membina dinding supaya ketukan dari insan lain yang mungkin lebih ikhlas cintanya tidak kedengaran.............

apapun........

i still need time to heal~
no matter how long will it take, it does not matter anymore~
i will keep my head up with or without you~
i will be ok~

Monday, February 28, 2011

MOODY


mood hari ni....


aku yang semakin dilupakan.....



boleh repair tak??



jahat........
kejam....

bodoh....


the other party........




hope.....




just remember.....


someday......

Thursday, February 17, 2011

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

Kehilangan orang yang kita kasihi buat kita sedar siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya......semenjak hari tu, kawan2 sentiasa ada memberi aku sokongan, membantu aku bangun, sentiasa ada bila aku memerlukan, sentiasa ada di sisi bila aku ingin meminjam bahu....aku rasa sungguh bertuah mempunyai kawan-kawan seperti mereka...........

masa kat uitm dulu, aku rasa hidup aku sungguh tersiksa. Kawan-kawan yang ade tidak dapat aku pastikan keikhlasan hatinya...aku sering tertanya2 padaNYA kenapa dia sering menghadirkan ujian yang kadang2 aku rasa tak mampu aku tanggung.......kini, pada saat ini, aku sudah nampak akan hikmahNYA.

Sekarang aku rasa cukup bertuah di kelilingi kawan-kawan yang ikhlas hatinya, jujur dalam persahabatan, memahami hatiku dan cukup mengambil berat di saat aku hampir tenggelam. Benar, kehadiran insan di sekeliling banyak memberi aku semangat, memberi aku kekuatan tuk terus melangkah....sehingga kadang2 aku hampir terlupa kesakitan yang aku rasai.

Tiba2 teringat plak cite kawan2 pasal apa yang di bagitahu oleh sir Bad....sir kata dia baru dapat report ade student telan pil kerana frust. Rumate aku, hee...........dengan semangatnya message aku, tanya apa yang aku tengah buat. Risau ea? kak takkan buat macam tu la.....jangan risau, kak janji :)

tp kan..... malam ni sebenarnya aku dapat tahu si dia mungkin sudah berkahwin...perempuan tu dilihat bersama dengannya di rumahnya. Perasaan aku?? entahla......aku sudah penat berfikir, sudah puas menangis dan merintih tp tetap gugur titisan jernih itu........

Malam ni aku berazam tuk tidak lagi mengingatinya, aku ingin melupakan segala kenangan yang pernah terbinaa antara aku dan dia. semuanya sudah berakhir............biarlah dia dengan kehidupan yang telah dia pilih............

apapun, aku nak cakap........

TERIMA KASIH KAWAN KERANA MENYAMBUT TANGANKU DI SAAT AKU LEMAS

dan.......

Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan


Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan


Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara


Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Saturday, February 12, 2011

SAYA BENCI AWAK!!!

"ku cuba pejam mata tapi tak terlena....
kerana ku masih teringat padamu
begitu payahnya nakku melupakan..........."

malam2 macam ni pun aku jiwang kan??aku nak tido sebenarnya tp tak terlena walaupun dah telan ubat selsema tadi yg kononnya leh wat orang rasa mengantuk...hahaha. sebenarnya ade berita gembira nak share...

nak bermula di mana ye??
tgk gmbr dulu la....

jeng jeng jeng...tgn aku ke ni??hahaha...tp bila masa plak aku tunang kan??

ade iras2 aku tak?? erm aku lagi lawa kot...

bahagianya makcik...dapat menantu cantik..... :)

yang 2 orang ni plak bertuah dapat kakak ipar baik.....kan?kan?kan? kalu dapat aku nasib malang....

memetik kembali kata2 seseorang...."adik kata, kalu abang tunang ngan sayang dia nak support semua hantaran, kalu dengan orang lain xnak...." hahaha, dan aku dgn bodohnya pun percaya...

DAN....
NI GAMBAR PASANGAN BAHAGIA.........

pejam mata ingat sape tu abang??

tunduk malu2 plak.....hensemnya abang senyum............hahaha
sepadan kan??

cantik barang2 hantaran...cepatnya gubah, dalam masa 3 hari tu, hai dik, leh akak tempah?? pantas dan tangkas adik2 wat kerja...

ha..ni la berita gembira yang aku nak share ni....mmg aku sangat2 gembira bila tengok gambar diaorang ni. tunang siap ade pelamin lagi, perempuan plak pakai baju pengantin, hai takkan tempah dalam masa 3 hari jer kot?? yang cik abang tu plak, tak de baju lain ke nak pakai?? baju yg aku bagi tu jugak jadi pilihan......erm betulla tu 3 hari, xsempat kan? apala motif dia agaknya, erm xleh lupa aku lagi kot, hahahahahahahaha

hahaha...
mesti ade yang tertanya2 nape la aku asyik sebut 3 hari je kan? nakk tahu?? erm ri tu abang pakai baju putih tu datang ambik aku masa last sem...hari isnin...dia janji semuanya kan berjalan macam dulu...aku ttp dalam hati dia, tak nak kawan dgn perempuan lain...dan semua la janji2 palsu dia tu, tp tup tup aku dapat tahu dia dah tunang ri khamis...dalam masa 3 hari?adik dia kata wat persiapan last minute...wah last minute la sangat nampaknya, ciap pelamin lagi.....

rupa2nya selama ni mmg dia dah berubah...aku jer yang tak sedar...aku mati2 pk semua ni aku yang salah, aku yang jahat, aku yg kurang....aku salahkan diri aku yang menjadi punca perpisahan antara aku dan dia....aku tak percaya, aku mati2 tak percaya dia dah bertunang, aku mati2 pk dia takkan khianati aku sampai macam tu sekali......tp ri ni, aku dah tengok sendiri buktinya, macam mana lagi aku nak percaya yg dia seorang lelaki yang baik? dimana dia seorang lelaki yang benar2 menyayangi aku suatu ketika dulu?? di mana??

kepada lelaki2 di luar sana, tolongla jangan buat awek2 anda macam tu, sakit.........sakit sangat rasanya bila di khianati, bila cinta yang di beri separuh mati di balas sebegini rupa..........

aku tahu pasti ade hikmahnya, pasti ade yang lebih baik untuk aku....tp hati ini, terlalu sakit...dan pasti ade yang akan berkata, kalu kita sayangkan seseorang kita kena lepaskan dia....doakan kebahagian dia...itu juga di katakan cinta...

ya Allah sesungguhnya jauh di sudut hati aku, aku tidak sesekali ingin membenci dia, ingin melihat dia bahagia...tp dengan hanya membenci boleh membuat aku kuat tuk terus melangkah....

dan...aku tertanya2

mana mak dia yang pergi umah aku dulu, tanya mak ayah aku bila nak langsungkan ikatan antara aku dan dia? time nak putus....mak dia kata, dulu mek datang umah nurul nak kenal dengan keluarga je, bukan nak meminang, ya Allah...........apa maksud semua neh?? aku betul2 tak faham..

lagi...

mana adik dia yang kononnya anggap aku dah macam keluarga sendiri?? mana diaorang? ade sorang pun tanya khabar aku?? aku hidup ke aku mati ker?? xde sape ke nak tahu pasal "keluarga" sendiri??

pelik bin ajaib betul......

apa apa pun...aku nak benci dia!! aku benci dia bab dia jahat! Allah tu Maha Adil, aku yakin......

KEBAHAGIAN YANG DI BINA DI ATAS TITISAN AIR MATA INSAN LAIN TAK MUNGKIN KEKAL LAMA.

Monday, February 7, 2011

Andai itu takdirnya.......


erm ari ni terasa amat sedih skali....aku mula terfikir apa yang aku harus fikir...
mula mencari jawapan tuk sesuatu yang aku sendiri tidak pasti,
mula ingin melihat ke depan tanpa enggan menoleh ke belakang...mula ingin mencari suatu sinar baru tuk meneruskan hidup aku...

Sesugguhnya terasa begitu sukar tuk aku meneruskan hidup aku tanpa si dia yang aku cintai
terasa begitu kosong jiwa dan hari-hari yang aku lalui
terasa begitu panjang hari-hari yang aku tempuhi.....

aku sayang padanya...
keinginan tuk terus bersama dengannya masih terlalu menebal dalam diri aku
aku ingin dia kembali ke sisi aku seperti suatu waktu dulu
tidakkah dia faham hasrat dan gelora hatiku saat ini??

aku masih berharap dan terus mengharap
sedang dia langsung tidak menitipkan berita buat aku
masih seperti dulu kah dia?
atau kini dirinya sudah menjadi milik insan lain?
mungkin yang jauh lebih baik dari aku.......

ya Allah..
andai itu takdirnya untuk aku,
aku terima....
bukan bermaksud aku sudah lupa
tp ingin mencari sebuah kekuatan yang aku rasa kian goyah,
sudah penat hati ini merintih,
sudah puas hati ini menangis...

aku ingin berhenti berduka
dan aku pasrah kini
andai itu takdirnya.............

Monday, January 24, 2011

aLL aBOuT FRiEndS..







He...dah beberapa hari aku nak cakap pasal kawan2 neh...tp masa dan keadaan tak mengizinkan. Bila dah tiba masa yang aku rasa agak free walaupun case review tuk EPSC aku tak siapkan lagi....aku tak tahu nak tulis apa.hahaha...

Apapun aku nak cakap kat korang semua......

Thanks for being my friends :)

Saturday, January 15, 2011

Akhirnya, lesen first telah ku perolehi.

Lesen apakah yang aku merujuk tuk entry aku kali ni? He...wat kawan2 yang baca blog neh mesti dah dapat teka kan? Akhirnya ari ni 15hb 1 2011 aku telah berjaya menamatkan kursus pra perkahwinan...bestnya ase, wat aku tak sabar nak kahwin....walaupun kebanyakan benda yang penceramah bagitahu dah aku sedia maklum masa belajar islamic family law, tp tak pe la kan? xsalah menguatkan lagi ingatan yang semakin tumpul neh...he

Erm...walaupun dah ada lesen tp keretanya belum ade (calon suami), kena simpan dulu lesen yang ada tu. hahaha....bila lah agaknya leh guna lesen tu aku pun tak tahu...kena mulakan pencarian untuk mencari "kereta" dulu.

Jadi, apa yang aku belajar daripada kursus kahwin selama 2 hari neh? hehehe...banyak gak sebenarnya, tp yang paling penting yang telah aku simpulkan adalah sikap kita sendiri samaada sebagai seorang suami ataupun isteri. Kata penceramah2 tu, perempuan memang sikap semulajadi suka membebel, dan aku pun setuju. Tp yang lelaki tak tahu, adalah perempuan membebel kerana mereka sayangkan lelaki tersebut....kalu tak sayang lantak dia la nak jadi apa pun. Sama jugak macam mak kita, asyik bising memanjang..hehe. Aku pun rimas kadang2, tp bila di fikirkan balik, mak marah sebab dia sayang kat kita...kan?? Sape tak setuju angkat tangan....hehehe.

Apa yang perlu ditekankan sekarang adalah sikap tolak ansur, kalau kita nak cari gaduh senang jer....tp tu boleh mengganggu gugat kebahagian rumah tangga kita. Isteri pun kena pandai tengok masa yang sesuai untuk bagitahu suami apa2....kena layan suami dengan elok, hormat dia, jaga makan minum dia...insyaAllah rumah tangga akan kekal bahagia.

Lagi apa ye yang penceramah tu bagitahu??ha...aku suka ayat sorang penceramah tu, dia kata " kalau atap rumah yang bocor jangan di robohkan rumah tu plak..."he. maksudnya kat sini jangan mudah nak bercerai berai. Cuba perbaiki dulu apa yang bocor tu....prinsip yang sama gak boleh kita gunakan untuk hubungan kita dengan kekasih...Ni aku rasa kesilapan yang aku buat waktu dengan si dia dulu.

Aku ni pantang gaduh sikit, aku mintak clash...macam la tak de cara lain nak settel kan masalah. ..huhu. Aku tak de niat pun sebenarnya nak mintak clash tp mulut ni gatal sangat. Tu adalah antara benda yang aku kesalkan...teramat kesal sebenarnya. Cakap pasal kahwin ni, wat aku betul2 rasa rindu pada si dia. Entahla......jiwa aku rasa resah dan aku berharap dia juga merindui aku......kata kawan aku, "tak de maknanya dia nak rindu aku, kalau dia rindu, dia takkan tinggalkan aku macam neh...."

Aku akui kebenaran kata2 kawan aku tu. Mungkin aku yang masih berharap sebenarnya....tp aku percaya, dia pasti punya alasan tersendiri tapi apapun alasannya, mungkin cara yang dia gunakan tu salah....dia tukar nombor telefon macam tu jer...buat aku terkial-kial, terpingga2..apapun rasa cinta dan rindu aku pada si dia masih tidak berkurang walaupun sedikit. Aku masih terlalu sayangkan dia, masih terlalu cinta, nasih terlalu rindu dan aku masih membayangkan dia menjadi suami ku.....masih berharap dia akan menjadi ayah untuk anak2 ku nanti :)

Ya Allah, seandainya dia tercipta untukku, dekatkan la dia padaku....kembalikan lah dia kepadaku, TETAPI....seandainya dia bukan untukku, Engkau bantulah aku untuk melupakan dia, untuk membuang ingatan terhadapnnya jauh ke dada langit...........

Thursday, January 13, 2011

SaYa MaLu...

Erm bunyi tajuk pun dah semacam kan? hehe...Sebenarnya terasa sangat2 segan dengan kawan2...tak tahu la ni di kira malu bertempat atau tak....

Banyak benda yang wat saya rasa malu dengan kawan2

1. Saya dah semakin tak pandai~~

huhu. Agaknya bila dah tua semakin banyak plak karat2 yang melekat kat otak, sampaikan kadang2 kalau sir tanya dalam kelas tak pernah ade keberanian nak menjawab....

2. Saya rasa malu bila kawan2 lama tau saya dah clash dengan dia~~

Sebabnya? mudah jer....saya beria bagitahu saya nak kahwin dengan si dia tahun neh....dan beria memberitahu kawan2 lama saya bahagia dengan hidup sy sekarang...Tp tgk apa yang berlaku sekarang pada saya?? Kesian plus bodoh (tertipu jer.....)

3. Kehidupan saya yang semakin kelam dan kabut dan kabus dan seumpama dengannya....

Saya rasa hidup saya sekarang betul2 tak terurus (atau jiwa saya yang tak terurus, entahla..). Saya ketawa sepuas hati...saya bergembira dengan kawan2...saya senyum memanjang...saya menggatal dengan orang...tp hati saya?? Who knows better than me..................

4. Saya rasa Teramat rendah diri dan ye saya memang rendah hakikatnya

apa yang wat saya rasa macam tu?? Tak dapat la jugak saya nak pastikan.....yang penting itu yang saya rasa.HuHU...

5. lAGI?? aPA LAgi yang wat saya rasa malu???

Saya malu dengan segala2nya..........agaknya sebab otak tengah tak betul...jadi lebih baik saya stop dulu sebelum saya melalut tak tentu hala~~

Saturday, January 8, 2011

THINKING~~

He...i'm back...

Sebenarnya tak tahu nak wat pe sekarang neh, jadi fikirlah nak tulis perkembangan terbaru kat blog neh. Erm ri ni dah start kelas public international law, agak pening tuk memahami apa yang lecturer ajar bab dah lama cuti...otak agak berkarat.hehe..jadi nak kena asah balik....

Mula2 tu rasa macam nak putus asa jer bab result sem lepas sangat2 lah tidak gempak dan tidak best, huhu. Tp rugi la kan? ni dah last sem, harap2 boleh wat yang lagi baik. Erm pencarian kerja dah bermula, tp still tak apply apa2 lagi.

Dalam hati still ada niat nak sambung belajar, nak ambik master...UKM?UiTM?UM? xdapat lah nak dipastikan lagi....

So, still need to think bout it~

See ya!

Saturday, January 1, 2011

1st day at UniSZA for the last semester

Ari ni dah 1hb 1 tahun 2011, dah 26 tahun usia aku sekarang...masih single (asyik kena tinggal), masih lagi belajar (dulu2 mak suh blaja tak nak dengar)..dan masih tak tahu hala tujuan hidup...

Kerja?Kahwin?? Sambung blaja?? Azam tahun baru pun aku tak dapat fikir dengan baik~~

Erm...tapi semua orang tentu mengharapkan tahun 2011 ni memberi lebih kejayaan, lebih kebahagian dan lebih kemajuan dalam hidup masing2, kan? Aku pun sama, turut mengharapkan awan mendung Disember kan berarak pergi...moga2 pelangi kan muncul di Januari ini....untuk memberi aku sinar baru....

First day di hostel betul2 mengingatkan aku tentang kisah duka itu, terasa kian segar memori itu....menikam2 hatiku, menghiris bak sembilu. Luka di hati tak siapa yang tahu~~ Terasa seperti baru semalam kisah duka itu berlaku, terasa seperti baru semalam aku melihatnya, menunggunya tuk menghantar aku pulang ke kampung halaman...

Melihat senyumannya, melihat redup matanya....argh aku begitu merinduinya! aku rindu segala2nya mengenai dia...aku rindu suaranya yang sentiasa lembut denganku, yang sentiasa sabar melayan setiap kerenahku...erm apa kah khabarnya sekarang? Mungkin sedang di ulit bahagia bersama insan itu....tapi mengapa aku yang merasa sakit sebegini?

Aku tahu tak guna meratapi sesuatu yang bukan di takdirkan untuk aku, dan hidup aku takkan berhenti walau tanpa dia di sisi....tp kadang2 terasa terlalu sukar perjalanan yang aku tempuhi, terasa begitu lambat masa berlalu...terasa tak tertanggung kedukaan ini ~~