BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, April 21, 2012

CAHAYA MATA ^-^

Salam......semalam aku mimpi best sangat...hehe.aku mimpi aku ada baby girl yang comel sangat :-) how i wish that will come true.....erm sedar tak sedar dah hampir setengah tahun aku bergelar seorang isteri dan title tu masih belum berkembang lagi menjadi ibu.huhu. bila tengok je budak-budak kecik yang comel2, hati aku mesti tercuit. Sapela tak nak anak kan bila dah kahwin ni?huhu. tp mungkin belum rezeki aku.....


bila di fikirkan balik macam mana lah agaknya perasaan orang yang dah kahwin bertahun2 tapi masih belum dikurniakan anak...tentu lagi sedih dan penuh dengan seribu satu harapan. dan tekanan.....masyarakat kita ni pun satu, bila dah kahwin asyik tanya je, tak de isi lagi ke?tak de isi lagi ke? soalan sama je....kalau dah ade aku nak heboh satu kampung baru tahu.hahahaha


tapi aku tak dela masuk kategori golongan yang tertekan lagi dengan soalan tu, tp aku rasa malu nak jawab benda cam gitu.hehe...kadang2 aku tak rasa pun aku dah kahwin, tak ingat aku dah jadi isteri orang sebab aku masih lagi rasa seolah2 aku dan hubby kesayangan masih lagi bercinta...tiap hari sayang!! :-)


he...apapun cahaya mata tu pelengkap sebuah kehidupan....bila la nak tiba turn aku ni.hehe


3 comments:

yukie said...

insyaAllah..apa yng kita hajatkn..kita doakan ...tuhan akn turuti sekiranya kita ikhlas...

Cik Puan Ziera said...

tahniah mama... :))))

"ourlife..." said...

abg: tu la...akhirnya.... :)
cik puan ziera: tq my dear :)