BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Monday, January 24, 2011

aLL aBOuT FRiEndS..







He...dah beberapa hari aku nak cakap pasal kawan2 neh...tp masa dan keadaan tak mengizinkan. Bila dah tiba masa yang aku rasa agak free walaupun case review tuk EPSC aku tak siapkan lagi....aku tak tahu nak tulis apa.hahaha...

Apapun aku nak cakap kat korang semua......

Thanks for being my friends :)

Saturday, January 15, 2011

Akhirnya, lesen first telah ku perolehi.

Lesen apakah yang aku merujuk tuk entry aku kali ni? He...wat kawan2 yang baca blog neh mesti dah dapat teka kan? Akhirnya ari ni 15hb 1 2011 aku telah berjaya menamatkan kursus pra perkahwinan...bestnya ase, wat aku tak sabar nak kahwin....walaupun kebanyakan benda yang penceramah bagitahu dah aku sedia maklum masa belajar islamic family law, tp tak pe la kan? xsalah menguatkan lagi ingatan yang semakin tumpul neh...he

Erm...walaupun dah ada lesen tp keretanya belum ade (calon suami), kena simpan dulu lesen yang ada tu. hahaha....bila lah agaknya leh guna lesen tu aku pun tak tahu...kena mulakan pencarian untuk mencari "kereta" dulu.

Jadi, apa yang aku belajar daripada kursus kahwin selama 2 hari neh? hehehe...banyak gak sebenarnya, tp yang paling penting yang telah aku simpulkan adalah sikap kita sendiri samaada sebagai seorang suami ataupun isteri. Kata penceramah2 tu, perempuan memang sikap semulajadi suka membebel, dan aku pun setuju. Tp yang lelaki tak tahu, adalah perempuan membebel kerana mereka sayangkan lelaki tersebut....kalu tak sayang lantak dia la nak jadi apa pun. Sama jugak macam mak kita, asyik bising memanjang..hehe. Aku pun rimas kadang2, tp bila di fikirkan balik, mak marah sebab dia sayang kat kita...kan?? Sape tak setuju angkat tangan....hehehe.

Apa yang perlu ditekankan sekarang adalah sikap tolak ansur, kalau kita nak cari gaduh senang jer....tp tu boleh mengganggu gugat kebahagian rumah tangga kita. Isteri pun kena pandai tengok masa yang sesuai untuk bagitahu suami apa2....kena layan suami dengan elok, hormat dia, jaga makan minum dia...insyaAllah rumah tangga akan kekal bahagia.

Lagi apa ye yang penceramah tu bagitahu??ha...aku suka ayat sorang penceramah tu, dia kata " kalau atap rumah yang bocor jangan di robohkan rumah tu plak..."he. maksudnya kat sini jangan mudah nak bercerai berai. Cuba perbaiki dulu apa yang bocor tu....prinsip yang sama gak boleh kita gunakan untuk hubungan kita dengan kekasih...Ni aku rasa kesilapan yang aku buat waktu dengan si dia dulu.

Aku ni pantang gaduh sikit, aku mintak clash...macam la tak de cara lain nak settel kan masalah. ..huhu. Aku tak de niat pun sebenarnya nak mintak clash tp mulut ni gatal sangat. Tu adalah antara benda yang aku kesalkan...teramat kesal sebenarnya. Cakap pasal kahwin ni, wat aku betul2 rasa rindu pada si dia. Entahla......jiwa aku rasa resah dan aku berharap dia juga merindui aku......kata kawan aku, "tak de maknanya dia nak rindu aku, kalau dia rindu, dia takkan tinggalkan aku macam neh...."

Aku akui kebenaran kata2 kawan aku tu. Mungkin aku yang masih berharap sebenarnya....tp aku percaya, dia pasti punya alasan tersendiri tapi apapun alasannya, mungkin cara yang dia gunakan tu salah....dia tukar nombor telefon macam tu jer...buat aku terkial-kial, terpingga2..apapun rasa cinta dan rindu aku pada si dia masih tidak berkurang walaupun sedikit. Aku masih terlalu sayangkan dia, masih terlalu cinta, nasih terlalu rindu dan aku masih membayangkan dia menjadi suami ku.....masih berharap dia akan menjadi ayah untuk anak2 ku nanti :)

Ya Allah, seandainya dia tercipta untukku, dekatkan la dia padaku....kembalikan lah dia kepadaku, TETAPI....seandainya dia bukan untukku, Engkau bantulah aku untuk melupakan dia, untuk membuang ingatan terhadapnnya jauh ke dada langit...........

Thursday, January 13, 2011

SaYa MaLu...

Erm bunyi tajuk pun dah semacam kan? hehe...Sebenarnya terasa sangat2 segan dengan kawan2...tak tahu la ni di kira malu bertempat atau tak....

Banyak benda yang wat saya rasa malu dengan kawan2

1. Saya dah semakin tak pandai~~

huhu. Agaknya bila dah tua semakin banyak plak karat2 yang melekat kat otak, sampaikan kadang2 kalau sir tanya dalam kelas tak pernah ade keberanian nak menjawab....

2. Saya rasa malu bila kawan2 lama tau saya dah clash dengan dia~~

Sebabnya? mudah jer....saya beria bagitahu saya nak kahwin dengan si dia tahun neh....dan beria memberitahu kawan2 lama saya bahagia dengan hidup sy sekarang...Tp tgk apa yang berlaku sekarang pada saya?? Kesian plus bodoh (tertipu jer.....)

3. Kehidupan saya yang semakin kelam dan kabut dan kabus dan seumpama dengannya....

Saya rasa hidup saya sekarang betul2 tak terurus (atau jiwa saya yang tak terurus, entahla..). Saya ketawa sepuas hati...saya bergembira dengan kawan2...saya senyum memanjang...saya menggatal dengan orang...tp hati saya?? Who knows better than me..................

4. Saya rasa Teramat rendah diri dan ye saya memang rendah hakikatnya

apa yang wat saya rasa macam tu?? Tak dapat la jugak saya nak pastikan.....yang penting itu yang saya rasa.HuHU...

5. lAGI?? aPA LAgi yang wat saya rasa malu???

Saya malu dengan segala2nya..........agaknya sebab otak tengah tak betul...jadi lebih baik saya stop dulu sebelum saya melalut tak tentu hala~~

Saturday, January 8, 2011

THINKING~~

He...i'm back...

Sebenarnya tak tahu nak wat pe sekarang neh, jadi fikirlah nak tulis perkembangan terbaru kat blog neh. Erm ri ni dah start kelas public international law, agak pening tuk memahami apa yang lecturer ajar bab dah lama cuti...otak agak berkarat.hehe..jadi nak kena asah balik....

Mula2 tu rasa macam nak putus asa jer bab result sem lepas sangat2 lah tidak gempak dan tidak best, huhu. Tp rugi la kan? ni dah last sem, harap2 boleh wat yang lagi baik. Erm pencarian kerja dah bermula, tp still tak apply apa2 lagi.

Dalam hati still ada niat nak sambung belajar, nak ambik master...UKM?UiTM?UM? xdapat lah nak dipastikan lagi....

So, still need to think bout it~

See ya!

Saturday, January 1, 2011

1st day at UniSZA for the last semester

Ari ni dah 1hb 1 tahun 2011, dah 26 tahun usia aku sekarang...masih single (asyik kena tinggal), masih lagi belajar (dulu2 mak suh blaja tak nak dengar)..dan masih tak tahu hala tujuan hidup...

Kerja?Kahwin?? Sambung blaja?? Azam tahun baru pun aku tak dapat fikir dengan baik~~

Erm...tapi semua orang tentu mengharapkan tahun 2011 ni memberi lebih kejayaan, lebih kebahagian dan lebih kemajuan dalam hidup masing2, kan? Aku pun sama, turut mengharapkan awan mendung Disember kan berarak pergi...moga2 pelangi kan muncul di Januari ini....untuk memberi aku sinar baru....

First day di hostel betul2 mengingatkan aku tentang kisah duka itu, terasa kian segar memori itu....menikam2 hatiku, menghiris bak sembilu. Luka di hati tak siapa yang tahu~~ Terasa seperti baru semalam kisah duka itu berlaku, terasa seperti baru semalam aku melihatnya, menunggunya tuk menghantar aku pulang ke kampung halaman...

Melihat senyumannya, melihat redup matanya....argh aku begitu merinduinya! aku rindu segala2nya mengenai dia...aku rindu suaranya yang sentiasa lembut denganku, yang sentiasa sabar melayan setiap kerenahku...erm apa kah khabarnya sekarang? Mungkin sedang di ulit bahagia bersama insan itu....tapi mengapa aku yang merasa sakit sebegini?

Aku tahu tak guna meratapi sesuatu yang bukan di takdirkan untuk aku, dan hidup aku takkan berhenti walau tanpa dia di sisi....tp kadang2 terasa terlalu sukar perjalanan yang aku tempuhi, terasa begitu lambat masa berlalu...terasa tak tertanggung kedukaan ini ~~