BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, January 15, 2011

Akhirnya, lesen first telah ku perolehi.

Lesen apakah yang aku merujuk tuk entry aku kali ni? He...wat kawan2 yang baca blog neh mesti dah dapat teka kan? Akhirnya ari ni 15hb 1 2011 aku telah berjaya menamatkan kursus pra perkahwinan...bestnya ase, wat aku tak sabar nak kahwin....walaupun kebanyakan benda yang penceramah bagitahu dah aku sedia maklum masa belajar islamic family law, tp tak pe la kan? xsalah menguatkan lagi ingatan yang semakin tumpul neh...he

Erm...walaupun dah ada lesen tp keretanya belum ade (calon suami), kena simpan dulu lesen yang ada tu. hahaha....bila lah agaknya leh guna lesen tu aku pun tak tahu...kena mulakan pencarian untuk mencari "kereta" dulu.

Jadi, apa yang aku belajar daripada kursus kahwin selama 2 hari neh? hehehe...banyak gak sebenarnya, tp yang paling penting yang telah aku simpulkan adalah sikap kita sendiri samaada sebagai seorang suami ataupun isteri. Kata penceramah2 tu, perempuan memang sikap semulajadi suka membebel, dan aku pun setuju. Tp yang lelaki tak tahu, adalah perempuan membebel kerana mereka sayangkan lelaki tersebut....kalu tak sayang lantak dia la nak jadi apa pun. Sama jugak macam mak kita, asyik bising memanjang..hehe. Aku pun rimas kadang2, tp bila di fikirkan balik, mak marah sebab dia sayang kat kita...kan?? Sape tak setuju angkat tangan....hehehe.

Apa yang perlu ditekankan sekarang adalah sikap tolak ansur, kalau kita nak cari gaduh senang jer....tp tu boleh mengganggu gugat kebahagian rumah tangga kita. Isteri pun kena pandai tengok masa yang sesuai untuk bagitahu suami apa2....kena layan suami dengan elok, hormat dia, jaga makan minum dia...insyaAllah rumah tangga akan kekal bahagia.

Lagi apa ye yang penceramah tu bagitahu??ha...aku suka ayat sorang penceramah tu, dia kata " kalau atap rumah yang bocor jangan di robohkan rumah tu plak..."he. maksudnya kat sini jangan mudah nak bercerai berai. Cuba perbaiki dulu apa yang bocor tu....prinsip yang sama gak boleh kita gunakan untuk hubungan kita dengan kekasih...Ni aku rasa kesilapan yang aku buat waktu dengan si dia dulu.

Aku ni pantang gaduh sikit, aku mintak clash...macam la tak de cara lain nak settel kan masalah. ..huhu. Aku tak de niat pun sebenarnya nak mintak clash tp mulut ni gatal sangat. Tu adalah antara benda yang aku kesalkan...teramat kesal sebenarnya. Cakap pasal kahwin ni, wat aku betul2 rasa rindu pada si dia. Entahla......jiwa aku rasa resah dan aku berharap dia juga merindui aku......kata kawan aku, "tak de maknanya dia nak rindu aku, kalau dia rindu, dia takkan tinggalkan aku macam neh...."

Aku akui kebenaran kata2 kawan aku tu. Mungkin aku yang masih berharap sebenarnya....tp aku percaya, dia pasti punya alasan tersendiri tapi apapun alasannya, mungkin cara yang dia gunakan tu salah....dia tukar nombor telefon macam tu jer...buat aku terkial-kial, terpingga2..apapun rasa cinta dan rindu aku pada si dia masih tidak berkurang walaupun sedikit. Aku masih terlalu sayangkan dia, masih terlalu cinta, nasih terlalu rindu dan aku masih membayangkan dia menjadi suami ku.....masih berharap dia akan menjadi ayah untuk anak2 ku nanti :)

Ya Allah, seandainya dia tercipta untukku, dekatkan la dia padaku....kembalikan lah dia kepadaku, TETAPI....seandainya dia bukan untukku, Engkau bantulah aku untuk melupakan dia, untuk membuang ingatan terhadapnnya jauh ke dada langit...........

0 comments: