BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Thursday, February 17, 2011

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

Kehilangan orang yang kita kasihi buat kita sedar siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya......semenjak hari tu, kawan2 sentiasa ada memberi aku sokongan, membantu aku bangun, sentiasa ada bila aku memerlukan, sentiasa ada di sisi bila aku ingin meminjam bahu....aku rasa sungguh bertuah mempunyai kawan-kawan seperti mereka...........

masa kat uitm dulu, aku rasa hidup aku sungguh tersiksa. Kawan-kawan yang ade tidak dapat aku pastikan keikhlasan hatinya...aku sering tertanya2 padaNYA kenapa dia sering menghadirkan ujian yang kadang2 aku rasa tak mampu aku tanggung.......kini, pada saat ini, aku sudah nampak akan hikmahNYA.

Sekarang aku rasa cukup bertuah di kelilingi kawan-kawan yang ikhlas hatinya, jujur dalam persahabatan, memahami hatiku dan cukup mengambil berat di saat aku hampir tenggelam. Benar, kehadiran insan di sekeliling banyak memberi aku semangat, memberi aku kekuatan tuk terus melangkah....sehingga kadang2 aku hampir terlupa kesakitan yang aku rasai.

Tiba2 teringat plak cite kawan2 pasal apa yang di bagitahu oleh sir Bad....sir kata dia baru dapat report ade student telan pil kerana frust. Rumate aku, hee...........dengan semangatnya message aku, tanya apa yang aku tengah buat. Risau ea? kak takkan buat macam tu la.....jangan risau, kak janji :)

tp kan..... malam ni sebenarnya aku dapat tahu si dia mungkin sudah berkahwin...perempuan tu dilihat bersama dengannya di rumahnya. Perasaan aku?? entahla......aku sudah penat berfikir, sudah puas menangis dan merintih tp tetap gugur titisan jernih itu........

Malam ni aku berazam tuk tidak lagi mengingatinya, aku ingin melupakan segala kenangan yang pernah terbinaa antara aku dan dia. semuanya sudah berakhir............biarlah dia dengan kehidupan yang telah dia pilih............

apapun, aku nak cakap........

TERIMA KASIH KAWAN KERANA MENYAMBUT TANGANKU DI SAAT AKU LEMAS

dan.......

Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan


Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan


Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara


Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

5 comments:

Ted said...

KADANG2 KITA RASA UJIAN ALLAH TU BERAT, TP KITA TAK TERPIKIR HIKMAH ALLAH BAGI LG BESAR DR TU

Anonymous said...

i luv u kak.. :-)

"ourlife..." said...

k.tet : mungkin satu hari nanti orang akan ingat apa yang terjadi dan tau apa hikmahnya....pasti ada yang lebih baik :)

azie: i luv u too.........always :)

Izzati Redzuan said...

sy pn syg kwn2 sy...syg kak;)

"ourlife..." said...

ijat: terima kasih, kak tahu ramai yg menyokong kak dari belakang, sangat2 menghargai semua yang prihatin...cuma kak nak tunjukkan rasa penghargaan tu ase malu :) apapun sayang ijat juga....