erm dah beberapa hari rasanya aku tak update blog aku neh. Aku pun tak tahu dah nak cakap pasal aper...nak ckp pasal benda ilmiah tak pandai, current issue lagi la.....huhuhu.
Thursday, December 30, 2010
Aku masih tidak percaya~
Posted by "ourlife..." at 6:42 AM 3 comments
Thursday, December 23, 2010
KEPUTUSAN YANG SANGAT MENDUKACITAKAN~~
ERM...semua orang bercakap pasal result dan aku pun teringin sama...teringin meluahkan rasa dukacitanya selepas melihat result sendiri yang bermula semester enam menjadi sangat dasyat dan teruk...huhu. Aku pun tak tahu apa dah jadi pada aku..rasanya aku dah buat yang terbaik sem lepas, walaupun dalam keadaan penuh tekanan~~
Posted by "ourlife..." at 8:00 AM 1 comments
Tuesday, December 21, 2010
FIRST TIME DI TAGGED :)
HE~~ oRANG yG TAG aKU NEH xLaiN dAN X buKAN~~NURZULAIKHA

Posted by "ourlife..." at 9:00 PM 4 comments
Monday, December 20, 2010
BILA ANAK SAUDARA MULA BERTANYA~~
Semalam waktu aku tengah bukak facebook, aku tengoklah gambar sorang mamat neh. Anak saudara aku, along yang baru nak masuk 7 tahun tiba2 datang dan mula la dia bercakap tanpa henti seperti kebiasaannya :)
Posted by "ourlife..." at 8:15 PM 3 comments
Sunday, December 19, 2010
Aku dan kekasihku
SUMBER: www.iluvislam.com, oleh Ustaz Nasrudin Hassan
Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peaceaje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat &contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat dah ni!
Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!
Posted by "ourlife..." at 6:24 AM 5 comments
BERKAWAN BIAR BERIBU, BERCINTA PUN BOLEH KER??
Mcm tajuknya, orang kata berkawan biar beribu, bercinta hanya yang satu...boleh pakai lagi ker pepatah macam tu? haha..bagi aku, semua tu tak betul, tak betul sama sekali. Lelaki zaman sekarang xpakai dah pepatah macam tu, diaorang pakai pepatah berkawan biar beribu, bercinta pun apa salahnya beribu...hehe. To those men outside, please don't feel offended :p i'm just telling the truth..bagi aku bila bercinta aku tak berniat nak kongkong si dia kalau aku tak bagi dia berkawan dgn perempuan..aku cuma takut kebebasan yang aku berikan, akan di salah gunakan. Men are unpredictable, bila2 masa mereka boleh berubah, boleh jatuh hati sekelip mata pada insan yg baru dikenali...well, benda baru selalu nampak lebih cantik daripada yang lama kan? Dah banyak aku lihat kawan2 perempuan aku menderita, tertipu kerana insan bergelar lelaki...termasuk aku :) dan yang kelakarnya, aku masih ingin menunggu si dia...betapa bodohnya aku, kan?
Posted by "ourlife..." at 2:40 AM 0 comments
Saturday, December 18, 2010
LA TAHZAN
Mmg terasa sangat sukar tuk melupakan org yang tersayang kan? tambah2 semuanya berlaku sekelip mata. Walau pun dh beribu kali aku bgtahu pada diri sendiri, la tahzan...jgn bersedih wahai hati tp entahla. Ingatan aku pada si dia semakin menyala akhr2 ini...membuatkan aku tertanya2 adakah dia jua merindui aku seperti aku merinduinya, adakah dia bahagia walaupun tanpa aku di sisi, apakah khbarnya di sana....pelbagai persoalan bermain di benak fikiran aku, membuat hati semakin terasa sayu, LA TAHZAN, LA TAHZAN, LA TAHZAN................kuatkan semangat aku ya Allah dalam menempuh ujianMu
Posted by "ourlife..." at 6:42 PM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
hujan d hari yang penuh rahmat
erm...ri ni hari jumaat, yang semua org pun tahu. kat umah aku sekarang hujan..org kata hujan rahmat. waktu aku tulis blog neh, jam menunjukkan pukul 1.14 tghari. waktu neh amat afdal kan tuk berdoa...ya Allah aku harap si dia juga takkan melupakan aku. moga satu hari nnt dia kan kembali untuk aku. aku ingin memaafkan dia, tidak kira sebesar mana silap dirinya...aku ingin bina kembali kebahagian yang telah runtuh antara aku dan dia....aku ingin bermula kmbali. moga semua yang berlaku adalah tidak benar. semoga pertunangan yang si dia khabarkan adalah pembohongan semata-mata...aku ingin berharap, masih terus ingin menunggu si dia kembali....hingga sampai satu saat bila aku mulai penat tuk terus mengharap, kembali lah padaku sebelum itu, kembali lah padaku sebelum ku kunci pintu hatiku....kerana AKU AMAT MENYAYANGIMU......................
Posted by "ourlife..." at 9:11 PM 0 comments
BILA TERASA RINDU.......
Sukarnya aku rasakan menanggung rindu di hati. kenangan yang berlalu xsemudah nak ku lupakan. Walau antara kita tiada apa2 ikatan lagi namun hatiku ttp menyayangimu. Aku tak sangka kesetiaan yang aku berikan di balas sebegini rupa...Entahla, mungkin apa yang berlaku di antara kita bukan salah kamu semuanya..tp nape kau tidak berikan aku peluang tuk aku memperbaiki nya supaya perhubungan kita kan kembali mesra seperti dulu. Nape kau bilang sayang sedangkan hatimu tak merasakan semua itu lagi...nape kau berikan aku harapan, sedangkan hatimu sudah mula menjauh...nape kau buat aku mcm ni? apapun persolan yang aku fikirkan, namun semua tu x menghalang rindu ku padamu tuk datang menjengah..menggoncang tingkap hatiku yg aku cuba tutup buatmu..........
Posted by "ourlife..." at 12:26 AM 0 comments
Wednesday, December 15, 2010
HAVE FAITH~~
Faith atau nama melayunya kepercayaan. ptg ni aku rasa mcm nak bercakap pasal faith neh :) erm org kata kalau kita xde kepercayaan pada diri sendiri macam ne nak berjaya kan? teringat plak lirik lagu tuh..."jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukannya..jika kau ragu2 usahamu tak menentu" tu menunjukkan mmg kepercayaan pada diri tu sgt pntg. contoh la kalau kita hadapi masalah atau d tinggalkan kekasih mst kita ase sedih sgt kan?. Kalau kita percaya kita tak boleh hidup tanpa si dia, maka kita ttp akan berada di takuk lama. menangis, merintih, menyalahkan takdir sendiri...apa kata kalu kita ubah kepercayaan tu menjadi sesuatu yang positif...apa kata kita tanamkan dalam diri dan percaya pada diri, "iye, aku mampu hidup tanpa dia...I DESERVE A BETTER MAN THAN HIM....kan bagus kalau macam tu. Tp mungkin ada yang kata, " ko cakap senangla, bkn ko yang rasa sakit"... erm mungkin betul. BUT I HAVE FAITH THAT IT'S BETTER TRYING THAN DO NOTHING~~ tu yang aku percaya sekarang. Hidup kita tak berhenti kan walau apapun yang berlaku...perjalanan kita tak berundur ke belakang walau kita meraung, menangis, meratapi hidup....Hidup mesti terus maju ke depan, jadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran and THEN HAVE FAITH IN YOURSELF, OTHERWISE YOU WILL LOSE EVEN THE BATTLE IS NOT YET BEGUN..........
Posted by "ourlife..." at 2:17 AM 2 comments
Tuesday, December 14, 2010
RAHMAT~TERPISAH JUA
Sinar matamu menggetar kalbuku
Posted by "ourlife..." at 12:37 AM 0 comments
Monday, December 13, 2010
SUATU PAGI....
sekarang ni tiap kali bangun hatiku rasa semacam jer....mungkin masih teringatkan kenangan dulu.xsangka akhirnya antara aku dan dia dah xde pe2.kadang aku rasa semua ni tak berlaku dalam hidup aku. ni hanyalah sebuah mimpi yang bersifat sementara..aku seoalah2 tak mampu menerima hakikat bahawa dia telah jadi milik orang lain.aku seolah2 x sanggup tuk mempercayai bahawa dia melukakan hatiku. jauh di sudut hatiku, aku benar2 berharap agar semua ni tak benar dan bila tiba masanya dia akan kembali menyinari hidupku...entahla.aku pun tak pasti dengan apa yang harus aku pikirkan atau lakukan...semuanya berlaku sekelip mata.terlampau sukar tuk aku menerimanya. tp aku percaya hidup mesti terus...kalau aku menangis air mata darah sekalipun nothing will change.he's already made up his mind, so will i. orang kata kalau dah memang jodoh kita tak kemana. if he comes back, will i accept him again is not a question yet....................
Posted by "ourlife..." at 7:13 PM 0 comments
PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA
Peringatan buat diriku yang lupa,
Posted by "ourlife..." at 7:50 AM 0 comments
jodoh pertemuan Allah yang tentukan
Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini
Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku
Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat
Posted by "ourlife..." at 5:16 AM 0 comments
A BEGINNING TO AN END~
some1 forward this msge to me...........
perempuan yang suci adalh perempuan yang di jaga oleh Allah
tidak sedikitpun Allah membenrkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana Allah teramat mencintainya
TETAPI...
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah tuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seseorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita...
jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali tuk di jagaNya
MENGAPA MASIH RAGU2??
kekuatan usah ditunggu tp harus dicari
hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan
sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya
SAUDARI KESAYANGANKU.............
carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran
setiap yang payah itu ada kesenangan
DAN...
setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita
tiada siapa yang boleh beri halangan
NAMUN............
Jika sesuatu itu bukan ditakdirkan tuk kita
pasti takkan dapat walaupun sudah dalam GENGAMAN
YAKIN DAN PERCAYALAH,
Allah telah tuliskan apa yang terbaik tuk HambaNya
Kadangkala Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh
puas kita menangis mencari mana mentari kita
rupa2nya Allah nak beri kita pelangi yang indah...
Sabarlah wahai saudari,
pasti ada kemanisan di sebalik apa yang belaku................
~~ semoga ia menjadi kekuatan tuk wanita dan gadis2 yang sedang patah hati~~
Posted by "ourlife..." at 5:08 AM 0 comments