BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Thursday, December 30, 2010

Aku masih tidak percaya~

erm dah beberapa hari rasanya aku tak update blog aku neh. Aku pun tak tahu dah nak cakap pasal aper...nak ckp pasal benda ilmiah tak pandai, current issue lagi la.....huhuhu.


Sebenarnya beberapa hari ini semakin kerap ingatan aku pada si dia. Berulang kali aku bagitahu diri aku tak guna meratapi benda yang bukan milik kita, pasti ada Hikmahnya di sebalik semua ni...tapi kadang2 hati dan perasaan aku enggan mendengar semua penjelasan yang akal aku berikan.

Sesungguhnya aku masih tidak percaya si dia tega melukakan hati aku, benar2 meninggalkan aku tuk menjadi milik orang lain~~

Aku tertanya2 apakah si dia tidak merindui aku, mengingati aku sebagaimana aku mengingatinya...masih sayang akan hubungan yang terbina antara aku dan dia suatu ketika dulu...sudah lupa kah dia janji2 nya dulu tuk menjadikan aku permaisuri hidupnya, ingin membina sebuah keluarga yang bahagia bersama aku....sudah lupakah dia akan semua itu? Adakah dia bahagia walau tanpa aku di sisi....

Atau mungkin dia menderita seperti mana aku menderita, jika ya, kenapa dia tidak ingin kembali padaku? Pelbagai persoalan bermain di fikiranku, kerap menujah pemikiran rasionalku....membuat aku kadang2 lemah tuk terus berdiri. Tapi aku juga takut untuk mengetahui kebenaran, cukup bimbang jika hatinya benar2 berubah....Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Aku benar-benar menyanyanginya, sehingga rasa sayang yang aku bina tuk dirinya begitu menyakitkan aku~~

Aku ingin berhenti melangkah ke depan kerana aku masih tidak percaya.................................bolehkah?

3 comments:

Anonymous said...

kak, jwpannya adalah X boleh..

kak berhak dpt yg lebih baek., die x layak. n in fact die x cukup bagos tuk jdkan kak permaisuri hidup die..

zra yakin kak boleh teruskan idop.. ingat tuhan kak..

"ourlife..." said...

Huhuhu..tak tahu la zira. kadang2 kak terlalu rindukan dia~~

Anonymous said...

yup.. itu lumrah. rs rindu kdg2 mengatasi rs kuat yg kite cube bina. tp kak, xpe, tu sume ujian/dugaan tuk tengok setabah mane kak yg sebenar.

kak, tuhan sedang menguji perasaan kak.. sabar k. yg penting redha n menerima.. :-)